Thursday 15 November 2018

Tips berpantang di rumah sendiri

Hi /Assalamualaikum..

Terima kasih sudi singgah di blog saya.

Nak share pengalaman berpantang di rumah sendiri untuk ke tiga-tiga anak dengan bantuan suami dan ibu mertua.

Rasanya kebanyakan wanita,kalau pertama kali hamil mesti dah set nak habiskan tempoh berpantang kat rumah mak kan.

Berbeza dengan saya,dek kerana mak berada di Kelantan dan untuk tidak menyusahkan mak yang sudah berusia,maka saya ambil keputusan untuk menjalani tempoh berpantang di rumah sendiri di Shah Alam.

Tapi bukan lah tiada orang yang menjaga semasa tempoh pantang tu. Alhamdulillah suami dan mak mertua banyak membantu dari segi penyediaan makanan dengan menu pantang yang berbeza setiap hari.


Suami berbangsa Cina,sudah tentu sedikit sebanyak corak masakan terdapat Chinese style.

Bukan menidakkan menu makanan melayu,tapi bila dah mix menu memang rasa menarik dan tak boring.

Sebelum bersalin,suami memang dah standby ikan haruan,halia serta beberapa bahan masakan untuk berpantang.



Beberapa menu berpantang yang mudah dan senang untuk di sediakan

1-Sup ikan haruan
2-Steam ikan haruan bersama halia dan lada hitam
3-Sup sawi lada hitam
4-Ikan haruan goreng bersama halia dan bawang putih
5-Sup ayam kampung di reneh dengan herba Cina
6-Sup Ikan dan ulam kunyit muda


Sup ikan haruan

Sup ayam kampung bersama Chinese herbal

ikan haruan bakar bersama sos lada hitam



#setiap menu juga mesti terdapat hidangan sayur.

Antara sayur yang saya biasa makan semasa berpantang adalah sawi dan bayam.

Pengambilan sayur yang banyak boleh membantu proses pembuangan yang lebih lawas dan mengelakkan sembelit.

#pastikan setiap masakan tu di tambahkan juga dengan hirisan halia.
Halia sangat baik untuk membuang angin dan memanaskan badan

Menu boleh tukar setiap hari ye supaya tak bosan.



Pastikan sentiasa minum air suam. Saya suka minum air suam yang dah di rendam bersama kurma cina (dry dates).Kurma ni boleh beli dekat Kedai Ubat Cina.
Kurma  ni berkhasiat dan membantu menambahkan susu badan dan juga melancarkan  darah.






Tips berpantang

  • Sentiasa berbaju tebal dan berstokin
  • Jangan tidur di dalam bilik yang berhawa dingin
  • Elak kan minum air berkafein
  • Amalkan berurut paling kurang kurang nya 3 hari berturut turut
  • Elakkan menonton TV dalam.tempoh yang lama
  • Pastikan tidur yang cukup
  • Elak kan mandi air sejuk

Semasa berpantang juga saya menjalani rawatan berpantang secara traditional seperti bertungku dan berurut selama 5 hari, berpilis dan juga berbengkung,baru lah badan tu rasa ringan jer.


Untuk tambahkan stamina dan kembalikan tenaga saya juga amalkan set berpantang Shaklee.

Nak tahu produk berpantang Shaklee?

Boleh contact saya,Rohana di 012-3067918








No comments:

Post a Comment