Sunday 29 April 2018

Cara Pantas Sediakan Minuman Untuk Sarapan

Sentiasa sibuk di waktu pagi, dengan anak anak nak ke sekolah, suami nak ke tempat kerja, memang kelam kabut sentiasa.

Untuk ibu sibuk, mudah untuk kita dapatkan sedikit tenaga sebelum teruskan kerja rutin harian kan. Jom shake ESP dan minum dahulu baru sambung kerja.
baru lah badan tu bertenaga sepanjang hari kan.

Memang favourite saya jugak, malah kalau bulan puasa tu memang setiap hari bersahur dengan ESP. Rasa kenyang lebih lama.



Kenapa ESP ni menjadi kesukaan ramai termasuk saya sendiri.

Ini adalah ESP dapat membekalkan sumber Protein yang memang diperlukan oleh badan kita.

Dari zaman sekolah kita dah belajar dan tahu yang sumber protein mudah didapati dari sumber ikan, ayam dan daging kan. Tak kan tak cukup sampai nak kena tambah dengan ESP ni pulak.

Kalau nak tahu, memang Protein mudah didapati dari sumber lauk tu, tapi yang pasti kita tak sure kan berapa banyak Protein yang tinggal lepas kita dah masak, goreng, rebus lauk-lauk tu. 

Protein dah tinggal berapa percent jer sebab protein ni senang hilang kalau di masak dengan suhu tinggi.
Sebab tu ESP Shaklee ni kita mix atau bancuh dengan air sejuk untuk pastikan protein tu kekal dan berkualiti.






KENAPA PILIH ESP

✔Di hasilkan dari sumber kacang soya yang bermutu tinggi dan membekalkan ke semua asid amino yang diperlukan oleh badan kita.

✔Soya yang di gunakan adalah bebas GMO dan organic.




✔Shaklee adalah syarikat yang pertama yang menghasilkan makanan tambahan protein berasaskan soya dan juga formula megasingan protein (isolated) yang pertama.

✔Soya dicuci dengan air dan bukannya alkohol untuk mengekalkan Isoflavones genistein dan daidzein yang penting untuk kesihatan

✔Di proses pada suhu yang rendah untuk mengekalkan sumber protein

✔Satu tin ESP dihasilkan daripada 30 kg kacang soya

✔Setiap hidangan ESP memberikan 14gm bagi setiap hidangan protein berkualiti tinggi dan semula jadi, rendah lemak, laktosa semula jadi dan rendah kolesterol.

✔Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39- sesuai untuk pengidap kencing manis




✔Membekalkan tenaga yang lebih lama








Kalau protein yang kita ambik tu tak cukup, apa kesan nya pada badan?

  • Antibodi tak kuat.
  • rasa lemah, lesu dan tak bermaya
  • Punca terjadinya ulser perut dan usus
  • Luka lambat sembuh dah berparut
  • Gangguan penglihatan dan kabur
  • Tekanan darah menjadi rendah dan peningkatan paras kolestrol

Apa istimewanya ESP Shaklee ni.

  • Untuk ibu menyusu- membantu perbanyakkan pengeluaran susu badan dan si ibu pun mempunyai tenaga yang cukup walaupun anak kerap menyusu
  • Untuk wanita yang sedang ikhtiar hamil: ESP membantu kesihatan rahim dan meningkatkan kesuburan
  • Untuk ibu hamil: memberikan tenaga buat ibu yang lemah, mencukupkan bekalan protein bagi ibu yang mengalami alahan, di samping memberikan nutrisi yang membantu tumbesaran tulang dan otot bayi serta menguatkan rahim ibu yang sedang hamil.
  • Bantu stabilkan hormon: sesuai untuk lelaki dan perempuan.
  • Untuk yang nak kurus dan jaga badan: ESP memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan kurangkan selera makan.
  • Untuk yang nak cantik: ESP membantu kesihatan kulit. Kulit lebih sihat, cerah, tegang, parut makin pudar dah kulit lebih anjal
  • ESP kalau di ambil time sahur, Insya Allah hari kita lebih bertenaga dan tidak lemah longlai. Ibu menyusu dan yang sakit gastrik di syorkan untuk amalkan minum ESP Shaklee ni






















berminat untuk dapatkan ESP?

boleh hubungi saya,pengedar Shaklee anda,

Rohana
012-306 7918
Pengedar Shaklee Bandar Putera 2, Klang, Shah Alam

Pengeposan ke seluruh Malaysia.

buat pembelian 5 tong ESP sebelum tamat 30 April 2018 untuk dapatkan harga promosi



Saturday 28 April 2018

Tips Mengatasi Stress

Assalamualaikum


STRESS !!!


Siapa yang tak pernah rasa stress.

Even mak ayah, anak-anak atau sesiapa pun memang tak boleh lari dari masalah dan rasa stress kan.

Cuma yang membezakan adalah macam mana cara kita menangani atau menyelesaikan masalah tu.



APAKAH PUNCA STRESS
  1. Terlalu banyak tekanan dan gangguan dari pihak luar
  2. Terlalu banyak kerja atau tanggung jawab yang di pikul- terutama pelajar atau mereka yang bekerja
  3. Tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga terdekat
  4. Peningkatan kos taraf hidup dan sumber kewangan yang tidak cukup.
  5. Anak-anak yang mendapat tekanan dari ibu bapa

Malah ada di kalangan kita tidak mampu untuk mengawal stress dengan baik dan boleh mencetuskan masalah yang lebih teruk antaranya penyakit mental atau gila.


Biasa kalau korang stress, apa yang korang buat untuk hilangkan stress tu.

Yang selalu KakAna tengok atau baca, sesetengah orang kalau dia stress, dia akan menangis.
Ada yang suka menyendiri, ada yang suka makan, tidur atau keluar shopping untuk hilangkan stress tu.

Atau yang suka melalak kat bilik mandi, menyanyi atau menjerit dengan kuat.

Semua tu bergantung kepada individu masing masing.



Berikut adalah beberapa tips atau cara mengatasi masalah stress yang boleh kita cuba.


URUTAN PADA TELINGA
Mungkin rasa macam pelik dan lucu, tapi korang boleh cuba sebab ia adalah cara melegakan tekanan yang sangat baik.
ini akan membebaskan endorphin dalam otak dan membuatkan korang rasa lebih tenang.

Caranya adalah dengan menggosok luar kawasan telinga dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit kawasan tersebut ke atas dan kemudian kawasan belakang telinga.


TELEFON IBU
Korang boleh hubungi ibu untuk membantu korang mengurangkan stress.
Kajian saintis menunjukkan bila mendengar suara ibu mereka akan mengurangkan hormon tekanan dan meningkatkan lagi hormon oxytocin yang menyumbangkan rasa tenang.


BERI GANJARAN PADA DIRI SENDIRI
Berikan ganjaran pada diri sendiri walaupun korang bukan meraikan apa pun.
Sekurang nya ia boleh menghilangkan stress.


LIHAT ALAM SEMULA JADI
Melihat alam semula jadi pasti akan mendamaikan jiwa yang sedang kusut.
Luangkan lebih kurang 20 minit setiap hari untuk melihat alam semula jadi dan korang pasti akan rasa kelainannya.

kalau ada budget, pergilah bercuti


LETAKKAN POKOK DI ATAS MEJA ANDA
Tumbuhan boleh menjadi kawan baik di saat korang sedang menghadapi krisis atau tekanan.
Ia bukan sahaja menjadikan persekitaran lebih cantik malah mampu mengurangkan tekanan dan merendahlan tekanan darah.


MAKAN MAKANAN YANG BOLEH HILANGKAN STRESS
Contoh seperti asparagus, telur, ikan, susu, badam, dark chocolate, oatmeal dan buah oren
Kebanyakkan makanan ni mempunyai vitamin seperti Protein, Omega-3, Vitamin C, B2 dan E yang boleh memberikan kesan yang menenangkan.

Jangan pulak korang makan yang melampau yang boleh jadi punca gemuk pulak ye.


SOLAT
Solat itu menenangkan.
Cuba untuk solat Dhuha di waktu pagi dan jika waktu malam, amalkan solat tahajjud.
Berkomunikasi dengan Allah. Luahkan apa yang ada di dalam hati.



Insyaallah, sekiranya kita dapat mengatasi mesalah stress dengan cara yang betul, ia dapat mengelakkan kita menjadi lebih teruk, yang boleh menjurus kepada perkara yang lebih teruk.


Minda kita perlu sentiasa tenang, positive dan bijak bila menangani sesuatu isu atau masalah.


InsyaAllah kita mampu menguruskan semua masalah yang ada dengan baik.

Untuk dapatkan suplemen yang boleh membantu mengurangkan stress,keletihan dan kemurungan,boleh hubungi saya

Boleh refer link kat bawah ni untuk ketahui suplemen yang dapat membantu atasi stress

https://rohanaya.blogspot.my/2018/03/cara-atasi-letih-dan-stress-dengan-b.html?m=1

Rohana
Pengedar Shaklee Bandar Putera 2,Klang
012-3067918