Saturday 28 April 2018

Tips Mengatasi Stress

Assalamualaikum


STRESS !!!


Siapa yang tak pernah rasa stress.

Even mak ayah, anak-anak atau sesiapa pun memang tak boleh lari dari masalah dan rasa stress kan.

Cuma yang membezakan adalah macam mana cara kita menangani atau menyelesaikan masalah tu.



APAKAH PUNCA STRESS
  1. Terlalu banyak tekanan dan gangguan dari pihak luar
  2. Terlalu banyak kerja atau tanggung jawab yang di pikul- terutama pelajar atau mereka yang bekerja
  3. Tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga terdekat
  4. Peningkatan kos taraf hidup dan sumber kewangan yang tidak cukup.
  5. Anak-anak yang mendapat tekanan dari ibu bapa

Malah ada di kalangan kita tidak mampu untuk mengawal stress dengan baik dan boleh mencetuskan masalah yang lebih teruk antaranya penyakit mental atau gila.


Biasa kalau korang stress, apa yang korang buat untuk hilangkan stress tu.

Yang selalu KakAna tengok atau baca, sesetengah orang kalau dia stress, dia akan menangis.
Ada yang suka menyendiri, ada yang suka makan, tidur atau keluar shopping untuk hilangkan stress tu.

Atau yang suka melalak kat bilik mandi, menyanyi atau menjerit dengan kuat.

Semua tu bergantung kepada individu masing masing.



Berikut adalah beberapa tips atau cara mengatasi masalah stress yang boleh kita cuba.


URUTAN PADA TELINGA
Mungkin rasa macam pelik dan lucu, tapi korang boleh cuba sebab ia adalah cara melegakan tekanan yang sangat baik.
ini akan membebaskan endorphin dalam otak dan membuatkan korang rasa lebih tenang.

Caranya adalah dengan menggosok luar kawasan telinga dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit kawasan tersebut ke atas dan kemudian kawasan belakang telinga.


TELEFON IBU
Korang boleh hubungi ibu untuk membantu korang mengurangkan stress.
Kajian saintis menunjukkan bila mendengar suara ibu mereka akan mengurangkan hormon tekanan dan meningkatkan lagi hormon oxytocin yang menyumbangkan rasa tenang.


BERI GANJARAN PADA DIRI SENDIRI
Berikan ganjaran pada diri sendiri walaupun korang bukan meraikan apa pun.
Sekurang nya ia boleh menghilangkan stress.


LIHAT ALAM SEMULA JADI
Melihat alam semula jadi pasti akan mendamaikan jiwa yang sedang kusut.
Luangkan lebih kurang 20 minit setiap hari untuk melihat alam semula jadi dan korang pasti akan rasa kelainannya.

kalau ada budget, pergilah bercuti


LETAKKAN POKOK DI ATAS MEJA ANDA
Tumbuhan boleh menjadi kawan baik di saat korang sedang menghadapi krisis atau tekanan.
Ia bukan sahaja menjadikan persekitaran lebih cantik malah mampu mengurangkan tekanan dan merendahlan tekanan darah.


MAKAN MAKANAN YANG BOLEH HILANGKAN STRESS
Contoh seperti asparagus, telur, ikan, susu, badam, dark chocolate, oatmeal dan buah oren
Kebanyakkan makanan ni mempunyai vitamin seperti Protein, Omega-3, Vitamin C, B2 dan E yang boleh memberikan kesan yang menenangkan.

Jangan pulak korang makan yang melampau yang boleh jadi punca gemuk pulak ye.


SOLAT
Solat itu menenangkan.
Cuba untuk solat Dhuha di waktu pagi dan jika waktu malam, amalkan solat tahajjud.
Berkomunikasi dengan Allah. Luahkan apa yang ada di dalam hati.



Insyaallah, sekiranya kita dapat mengatasi mesalah stress dengan cara yang betul, ia dapat mengelakkan kita menjadi lebih teruk, yang boleh menjurus kepada perkara yang lebih teruk.


Minda kita perlu sentiasa tenang, positive dan bijak bila menangani sesuatu isu atau masalah.


InsyaAllah kita mampu menguruskan semua masalah yang ada dengan baik.

Untuk dapatkan suplemen yang boleh membantu mengurangkan stress,keletihan dan kemurungan,boleh hubungi saya

Boleh refer link kat bawah ni untuk ketahui suplemen yang dapat membantu atasi stress

https://rohanaya.blogspot.my/2018/03/cara-atasi-letih-dan-stress-dengan-b.html?m=1

Rohana
Pengedar Shaklee Bandar Putera 2,Klang
012-3067918






No comments:

Post a Comment