Saturday 24 March 2018

Atasi Letih Dan Mengantuk Siang Hari



Assalamualaikum.

Biasa setiap hari korang tidur jam berapa?
Rasa pelik kan kalau setiap hari dah dapat tidur yang cukup tapi still mengantuk.

Kalau time kerja belum sampai jam 11 pagi, dah menguap dan mengantuk, tambah pulak kalau hari Isnin, memang Monday Blues orang kata.



Kenapa kita selalu rasa mengantuk walaupun malam adh tidur awal..hah, kenal ambil tahu ye.


Punca mengantuk dan lesu di siang hari menunjukan badan kita tidak mempunyai kandungan Vitamin B yang mencukupi.Boleh jadi masalah ni.



Kesan dari kekurangan Vitamin B-Complex dalam badan.


👉Lemah sistem saraf
👉Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung.
👉Pembentukan sel abnormal
👉Mengakibatkan anemia
👉Masalah depresi (tekanan perasaan)
👉Kehilangan daya memori
👉Cepat letih
👉Sesak nafas
👉Insomnia
👉Kurang fokus dan konsentrasi
👉Mudah tersinggung





Apa fungsi Vitamin B-Complex dalam badan kita.


Vitamin B-Complex, merupakan rangkaian Vitamin terbesar yang terdiri daripada 8 jenis Vitamin B asas iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12

Setiap satu Vitamin ni mempunyai peranan, fungsi dan sumber yang tertentu.

Bermakna, kalau kita nak dapatkan rangkaian penuh Vitamin B -Complex, banyak sumber yang kita kena ambil.


Jenuh jugak kan kalau nak makan dan baru dapat seimbangkan semua jenis Vitamin B ni



Rangkaian Vitamin B-Complex terdiri daripada


Vitamin B1 (Thiamin)

  • berperanan dalam membantu tubuh untuk menghasilkan sel-sel baru yang sihat.
  • dikenali sebagai vitamin anti-stress kerana mampu untuk melindungi sistem immunisasi badan
  • berfungsi untuk menjalankan aktiviti metabolisma glukos (karbohidrat ringkas-monosakarida), 

bila semakin banyak madiambilng di ambil mengandungi glukos, makin tinggi keperluan B1 ini.

sumber makanan: beras merah, ikan, kacang, telur kuning dan gandum.



Vitamin B2 (Riboflavin)

  • menukarkan karbohidrat kepada glukos untuk menjadikan tenaga 
  • bertindak sebagai antioksidan yang membantu dalam melawan radikal bebas dari merosakkan sel badan yang menyebabkan penuaan awal serta menyebabkan penyakit jantung
  • membantu mengurangkan migrain
  • penting dalam penghasilan sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh badan dan untuk menjadikan fungsi badan yang normal. 
Sumber makanan: badam,susu dan telur. 



Vitamin B3 (Niacin) 
  • meningkatkan kandungan HDL iaitu kolestrol baik dalam darah
  • membantu fungsi enzim dan membaik pulih DNA
  • membantu mengatasi masalah jerawat
Sumber makanan: susu,daging merah dan telur.



Vitamin B5 (Asid Pantothenik) 

  • memecahkan lemak, karbohidrat dan protein untuk penghasilan tenaga 
  • menggalakkan kulit yang sihat dan mengurangkan penuaan kulit. 
  • membentuk sel darah merah

Sumber makanan: yogurt,avocado dan daging



Vitamin B6 (Pyridoxine)

  • membantu menghasilkan hormon stres seperti Setotonin, Melatonin dan Nerepinephrine dan mempengaruhi mood dan corak tidur.
  • bersama Vitamin B12 dan B9 mengawal paras asid amino homocyctein dalam darah
  • mengurangkan keradangan bagi pesakit artritis reumatoid
  • menghasilkan neurotransmitter yang membawa signal dari satu saraf ke saraf yang lain.
  • menghasilkan hormon dalam sel darah merah dan sel dalam sistem imun.
sumber makanan: ayam, keju dan lobak merah.



Vitamin B7 (Biotin)
  • Vitamin kecantikan- terlibat dalam kesihatan kulit, rambut dan kuku.
  • pengawal paras gula yang tinggi dalam darah pesakit diabetes
  • penting untuk pertumbuhan bayi yang normal dalam kandungan.
  • membantu B-Compex berfungi lebih efektif
  • mengaktifkan metabolisma protein/asid amino dalam sel rambut dan sel kuku.
sumber makanan: barli, kentang dan kuning telur



Vitamin B9 (Asid Folic)
  • menyokong perkembangan janin dalam kandungan dan menghalang kecacatan tiub neural
  • membantu mengurangkan kemurungan dan kehilangan memori
  • menghasilkan sel-sel baru termasuk sel darah merah
  • menghasilkan DNA dan RNA, mengekalkan fungsi otak dan menjamin kesihatan mental dan emosi
  • membantu mencegah perubahan DNA yang mengakibatkan kanser
sumber makanan:Asparagus, susu dan kekacang



Vitamin B12 (Cobalamin)
  • bekerjasama dengan Vitamin B9 untuk menghasilkan sel darah merah
  • membantu zat besi menghasilkan protein yang membawa oksigen iaitu hemoglobin
  • bersama Vitamin B6 dan B9 mengawal paras asid amino homocystein dalam darah (terlibat dalam penyakit jantung)
  • mengaktifkan sistem saraf yang sihat
sumber makanan: ikan, telur dan daging.


Kelebihan yang terdapat di dalam B-Complex ,

Antaranya :-

🎀menghasilkan tenaga serta berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

🎀mengelakkan penyakit beri-beri.

🎀merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

🎀diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku serta rambut.

🎀penting untuk circulation dan fungsi normal sistem saraf.

🎀mencegah stress
.
🎀menguatkan antibodi badan.

🎀penting untuk aktiviti sel genetik.

🎀diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

🎀diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel darah merah.

🎀mencegah anemia



Saya mula jatuh cinta dengan B-Complex ni beberapa bulan lepas, memang membantu atasi masalah sakit kepala (biasa sakit kepala sebelah saja) dan juga tegang di bahagian bahu. Orang cakap kalau terlebih stres memang akan rasa sakit macam ni. bila dan amalkan selama seminggu, memang hilang sakit tu.
lagipun sebotol ni tahan lama, lebih kurang 3 bulan sebab makan sebiji jer sehari pada awal pagi.





Berminat dengan Vitamin B-Complex, boleh hubungi saya




Rohana di 012-3067918


Penghantaran ke seluruh Malaysia


No comments:

Post a Comment