Sunday, 11 February 2018

Cara Atasi Tekanan Darah Tinggi


Assalamualaikum


Darah tinggi sekarang dah jadi macam penyakit biasa. Sesiapa pun boleh mendapat penyakit darah tinggi ni, baik muda atau yang tua.

Even kat tempat kerja saya pun ramai yang ada sakit darah tinggi ni
Stres sangat la tu.



Tekanan darah tinggi berpunca daripada beberapa sebab,

Antaranya mereka yang mempunyai/amalkan
✒Cara hidup tidak aktif
✒Merokok
✒Kegemukan
✒Paras kolesterol tinggi
✒Sejarah keluarga
✒Pengambilan alkohol yang berlebihan
✒Pengambilan garam yang tinggi


Tanda dan Gejala

Pesakit darah tinggi selalunya tidak mengalami sebarang gejala sakit yang ketara. Kita tak boleh tengok dari mata kasar kalau ada darah tinggi, tup tup bila buat check up, darah naik.


Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik macam sakit atau pening kepala.

sakit ni pula selalunya berlaku di waktu pagi dan hanya rasa di bahagian belakang kepala dan berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi).

hah, kalau korang ada rasa sakit macam ni, cepat cepat buat rawatan susulan di klinik dan doktor boleh pastikan punca dan akan bagi ubat yang sesuai.




Bacaan Darah Tinggi 




Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan organ-organ seperti jantung, otak dan ginjal didedahkan kepada tekanan tinggi yang kronik.

Pendedahan kepada tekanan darah tinggi ini akan mengakibatkan komplikasi saluran darah sempit di otak dan jantung menyebabkan stroke (angin ahmar) dan serangan jantung.

Kegagalan ginjal (buah pinggang) juga boleh berlaku jika tekanan darah yang tinggi tidak dikawal.

Penyakit tekanan darah tinggi boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat.


APAKAH ANTARA CARA MENGATASI TEKANAN DARAH TINGGI?

1. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Garam bukanlah musuh utama kepada tekanan darah tinggi, tetapi terlalu banyak kandungan natrium mengganggu keseimbangan cecair dalam badan.
Untuk “mengepam” Garam yang berlebihan dari sistem tubuh badan anda, sumber cecair diambil daripada tisu di dalam badan. Hasilnya, jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam dan tekanan darah akan menjadi lebih tinggi.


2. MINUM AIR KELAPA

Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium, kedua-duanya berkaitan dengan fungsi otot biasa dan organ lain termasuk jantung. Terdapat beberapa kajian yang melaporkan air kelapa boleh membantu mengurangkan tekanan darah.


3. AMBIL MINYAK IKAN

Khasiat minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan sangat baik untuk jantung anda. Walaupun kajian masih dijalankan tentang fungsi minyak ikan dalam mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar, ia telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah, di samping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL (“baik”).


4. SENAMAN

Amalkan tabiat 30 minit senaman setiap hari hanya dengan melakukan kerja-kerja mudah seperti menyental lantai atau apa-apa sahaja yang meningkatkan kadar jantung anda dan pernafasan anda.


5. AMBIL BAWANG PUTIH

Bawang putih bermanfaat untuk menangani pelbagai penyakit, termasuk tekanan darah tinggi. Allicin, yang merupakan sebatian organosulphur yang kurang stabil, dan biasanya dinyahaktifkan apabila ia bersentuhan dengan bahan dengan pH rendah daripada 3, seperti asid perut kita. Walau bagaimanapun, apabila diambil dalam bentuk tablet, hasilnya lebih berkesan untuk menurunkan tekanan darah.



GARLIC COMPLEX  SHAKLEE








Shaklee telah memperkenalkan produk untuk menstabilkan tekanan darah tinggi iaitu Garlic Shaklee.

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan suplemen Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif.

Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai anti-bakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.


Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee

🏵Pengekalan 100% Allicin aktif
Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic

🏵Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.

🏵Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.

🏵Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

🏵Merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.



Testimoni customer




kalau korang nak order, direct contact/wassap


K.Ana
www.wasap.my/60123067918



No comments:

Post a Comment