Monday, 26 February 2018

MLM Shaklee

Sistem MLM.

Pada fahaman KakAna, sistem MLM ni ada baik dan buruk nya.

kita kena pilih company/bussiness yang betul.

Ada yang MLM, dealer Kena keluar modal beribu Ruby, lepas tu kena simpan stock.
Tapi last2 sale ntah ke mana stock tersadai.

Kalau sesetengah sistem. MLM memang nampak yang downline akan bagi keuntungan kepada upline dia.

Tapi dengan Shaklee, keuntungan akan dapat pada mereka yang buat dan berusaha saja.

Hanya dengan modal RM79,kita akan dapat Shaklee Starter Kit dan juga secara automatik menjadi ahli Shaklee seumur hidup.

Malah ada downline yang akan naik rank atas daripada upline dia, kalau downline dapat buat lebih dari upline.

Takde istilah downline sentiasa di bawah.
Sistem pembahagian bonus Shaklee sangat telus dan transparent.




Nak tahu lebih detail, wassap jer KakAna.

Http://wassap.my/60123067918
Shaklee Bandar Putera 2 Klang

Saturday, 24 February 2018

Shaklee Bina Imej Positive


Good morning/Assalamualaikum semua😄



Mood sambung cuti hari ni, kebetulan off day kan

sejak KakAna joinkan diri dalam biz Shaklee ni, perubahan yang paling ketara tu adalah, lebih konfiden bila nak bercakap dengan orang

Selain tu, time management makin improve, maklum lah setiap hari kena siapkan task ikut masa yang di tetapkan

Lebih peka pada kesihatan dan makin rajin dating dgn Mr Google, untuk cari info pasal produk dan yang berkait dengan kesihatan

#tsunamishaklee#tsunami2018
#shakleebandarputera2

Tuesday, 20 February 2018

Cara Hidup Lebih Sihat Dengan Shaklee

Keep healthy life

Sakit tak pilih kasih.
Sesiapa pun boleh jatuh sakit kan.

Bila dah kenal Shaklee, baru  berfikir untuk start ambik supplement untuk bantu tingkatkan antibodi dan kesihatan badan.

Tambahan pulak bila usia dah meningkatkan ni, badan dah mula hilang tenaga dan cepat letih.

Bila dah involve dlm biz Shaklee, selain menjana side income, memang KakAna pentingkan untuk customer  yang ambik supplement tu untuk terus konsistan ambil supaya maintainkan kesihatan diri.

Bila dah konsistan, memang boleh rasa effect dia tu.

Bagi KakAna, yang paling ketara bila start ambik Ostematrix Shaklee.
Badan dah tak rasa lenguh2 kaki, lebih bertenaga dan juga proses membuang pun lebih lawas

Harap2 makin ramai yang akan mula amalkan supplement Shaklee dan jugak jadikan biz Shaklee sebagai side income, dan Insyaallah boleh jadi sumber pendapatan tetap mereka nanti

Korang kalau nak join team biz KakAna, boleh direct pm jer no ni ye

📲 012-3067918





https://youtu.be/TBE4tLYC7hU


Monday, 19 February 2018

Pengedar Bebas Shaklee Bandar Putera 2

Assalamualaikum,

Terima kasih meluangkan masa untuk baca blog KakAna ye.

KakAna berasal dari Kelantan dan kini menetap di Klang.

Seorang ibu anak 3,semua boboi.
KakAna bekerja di bahagian manufacturing dan juga merupakan Pengedar Bebas Shaklee Bandar Putera 2 Klang,Jalan Kebun dan Kota Kemuning

Kalau kawan2 office tu, memang dah tahu dah KakAna ni jual Shaklee sebab hari2 dok bercakap pasal Shaklee jer.

Orang tengok KakAna bersembang pun terus tahu dah tengah dok berkempen pasal Shaklee ler tu.. Hehehe..

Memang dah keje kita, kena pot pet pot pet selalu bila ada prospek approach tak gitu.

Kenapa obses sangat dengan Shaklee ni.

Sebab,bagi KakAna sendiri,memang dah start guna hampir setahun dan dah nampak effect nya

Rasa macam tak best kalau tak kongsi dengan orang lain.
So, kalau ada orang tanya pasal supplement, memang KakAna akan bercerita pasal Shaklee jer.

Asyik nak share dengan orang sekeliling apa yang kita dapat dengan Shaklee selain kebaikan dalam segi kesihatan.

Obses untuk kebaikan, tak apa asalkan ada yang dapat rasa sama effect dia.

Korang jangan larik kalau jumpa KakAna tao.😆

Kalau nak join sama untuk rasa Shaklee effect dan jana side income boleh jer pm KakAna.




Tuesday, 13 February 2018

Cara Kekal Muda Dengan Youth Skin Care Shaklee



🌸Youth Skin Care Shaklee🌸
***************************

Pengganti untuk skin care NutriWhite dan jugak Enfuselle

Bakal berada di pasaran Malaysia Mac 2018

Kalau di berikan rezeki lebih akak pun nak guna ni.

Youth ni di hasilkan dari 100% bahan semula jadi dan bebas paraben,mercury serta bebas bahan kimia berbahaya.



Produk Youth ni mengambil masa 8 tahun kajian sebelum di lancarkan di pasaran.


Youth skin care terdiri daripada 6 produk asas iaitu

🌸 Youth Luminous Gel Oil Cleanser - Mengandungi pH yang seimbang untuk meneutralkan dan melicinkan kulit wajah.

🌸Youth Perfecting Skin Toner - Membuang sel kulit mati dan menaikkan seri wajah.

🌸Youth Activating Serum - Mempunyai 10 kali ganda bahan aktif yang membantu proses pemulihan secara kritikal.

🌸 Youth Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30 - Memelihara dan melindungi kulit dengan perlindungan optima.

🌸Youth Advanced Renewal Night Cream (Rich or Light) - Krim malam yang memperbaharui sel kulit.

🌸Youth Radiance C+E Capsules - Sangat powerful.Gabungan vitamin C dan E yang asli untuk mengembalikan aura seri wajah

Kajian klinikal dan dermatologi menunjuk kan mereka yang menggunakan Youth akan nampak lebih muda 100% dari usia seawal 2 minggu.

Wah,kulit tampak lebih muda lebih anjal dan kurang kedutan







Wow... Terbukti nampak muda dari usia




Korang nak cuba tak? 

Boleh hubungi K. Ana untuk sebarang pertanyaan dan pembelian 

Rohana Ya
SID 1271637
Pengedar Bebas Shaklee Bandar Putera 2,Klang
www.wasap.my/60123067918


Sunday, 11 February 2018

Cara Atasi Tekanan Darah Tinggi


Assalamualaikum


Darah tinggi sekarang dah jadi macam penyakit biasa. Sesiapa pun boleh mendapat penyakit darah tinggi ni, baik muda atau yang tua.

Even kat tempat kerja saya pun ramai yang ada sakit darah tinggi ni
Stres sangat la tu.



Tekanan darah tinggi berpunca daripada beberapa sebab,

Antaranya mereka yang mempunyai/amalkan
✒Cara hidup tidak aktif
✒Merokok
✒Kegemukan
✒Paras kolesterol tinggi
✒Sejarah keluarga
✒Pengambilan alkohol yang berlebihan
✒Pengambilan garam yang tinggi


Tanda dan Gejala

Pesakit darah tinggi selalunya tidak mengalami sebarang gejala sakit yang ketara. Kita tak boleh tengok dari mata kasar kalau ada darah tinggi, tup tup bila buat check up, darah naik.


Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik macam sakit atau pening kepala.

sakit ni pula selalunya berlaku di waktu pagi dan hanya rasa di bahagian belakang kepala dan berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi).

hah, kalau korang ada rasa sakit macam ni, cepat cepat buat rawatan susulan di klinik dan doktor boleh pastikan punca dan akan bagi ubat yang sesuai.




Bacaan Darah Tinggi 




Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan organ-organ seperti jantung, otak dan ginjal didedahkan kepada tekanan tinggi yang kronik.

Pendedahan kepada tekanan darah tinggi ini akan mengakibatkan komplikasi saluran darah sempit di otak dan jantung menyebabkan stroke (angin ahmar) dan serangan jantung.

Kegagalan ginjal (buah pinggang) juga boleh berlaku jika tekanan darah yang tinggi tidak dikawal.

Penyakit tekanan darah tinggi boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat.


APAKAH ANTARA CARA MENGATASI TEKANAN DARAH TINGGI?

1. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Garam bukanlah musuh utama kepada tekanan darah tinggi, tetapi terlalu banyak kandungan natrium mengganggu keseimbangan cecair dalam badan.
Untuk “mengepam” Garam yang berlebihan dari sistem tubuh badan anda, sumber cecair diambil daripada tisu di dalam badan. Hasilnya, jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam dan tekanan darah akan menjadi lebih tinggi.


2. MINUM AIR KELAPA

Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium, kedua-duanya berkaitan dengan fungsi otot biasa dan organ lain termasuk jantung. Terdapat beberapa kajian yang melaporkan air kelapa boleh membantu mengurangkan tekanan darah.


3. AMBIL MINYAK IKAN

Khasiat minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan sangat baik untuk jantung anda. Walaupun kajian masih dijalankan tentang fungsi minyak ikan dalam mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar, ia telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah, di samping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL (“baik”).


4. SENAMAN

Amalkan tabiat 30 minit senaman setiap hari hanya dengan melakukan kerja-kerja mudah seperti menyental lantai atau apa-apa sahaja yang meningkatkan kadar jantung anda dan pernafasan anda.


5. AMBIL BAWANG PUTIH

Bawang putih bermanfaat untuk menangani pelbagai penyakit, termasuk tekanan darah tinggi. Allicin, yang merupakan sebatian organosulphur yang kurang stabil, dan biasanya dinyahaktifkan apabila ia bersentuhan dengan bahan dengan pH rendah daripada 3, seperti asid perut kita. Walau bagaimanapun, apabila diambil dalam bentuk tablet, hasilnya lebih berkesan untuk menurunkan tekanan darah.



GARLIC COMPLEX  SHAKLEE








Shaklee telah memperkenalkan produk untuk menstabilkan tekanan darah tinggi iaitu Garlic Shaklee.

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan suplemen Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif.

Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai anti-bakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.


Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee

🏵Pengekalan 100% Allicin aktif
Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic

🏵Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.

🏵Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.

🏵Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

🏵Merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.



Testimoni customer




kalau korang nak order, direct contact/wassap


K.Ana
www.wasap.my/60123067918



Shaklee di hatiku

Assalamualaikum,

Recall balik task yang K. Ana buat dalam Tsunami 2018,untuk hari ke 2

Anak baru start bersekolaha jadi rutin harian sibuk sikit.

K. Ana memang tak sempat buat sarapan kat rumah, jadi untuk anak tu K. Ana sediakan simple breakfast

Untuk K. Ana cukup sekadar minum ESP Shaklee saja, kenyang sementara nak tunggu rehat


Bila start buat Shaklee,K.Ana makin kenal. ramai orang,

Kalau dulu jarang bertegur sangat even dengan pekerja tapi sekarang memang pantang nampak

ada jer produk Shaklee yang K. Ana akan promote dan suggest untuk mereka ambik

Tapi off course la kena pasti apa masalah kesihatan yang mereka ada dulu

So, hingga sekarang, kalau diorang nampak K. Ana, ingat jer Shaklee

Sebab  Shaklee berjaya bantu mereka dalam dapatkan kesihatan yang lebih baik.

Kalau kat luar sana still tercari Supplement yang baik untuk kesihatan, contact jer K. Ana

Shaklee terbaik




ESP Shaklee-Pengganti sarapan

Assalamualaikum..

Memang rutin mak mak kan setiap hari nak kena bangun awal. tambah pulak kalau ada anak yang bersekolah.

K.Ana pun tak terkecuali, sebab anak manja ni start tadika, kena awal bangun.

Tapi yang best, sebab tadika tu selang beberapa rumah jer dari rumak K,Ana, so lewat sikit pun still ok lagi.


Untuk si kecil ni, memang selera makan belum bukak, tak boleh nak paksa sebab nanti mood nak ke sekolah rosak


jadi K.Ana akan pastikan dia ambik telur separuh masak dan jugak minum susu.
 
Untuk K.Ana, off course la breakfast dengan  ESP Shaklee.
Shake dengan air suam jer, best rasa lemak lemak manis gitu.

 
Korang tentu dah cuba kan. Yang mana belum rasa keenakan ESP Shaklee wajib beli tao.

 
Kenapa K.Ana pilih ESP Shaklee?
 
K.Ana start ambik ESP Shaklee ni pada pertengahan tahun lepas
mula tu ambik untuk bantu kembali kan keanjalan kulit dan sekali gus mengurangkan kesan kulit kering dan bersisik

 
Konsistan minum, memang nampak effect tu, kulit lebih anjal, gebu dan jugak tidak kering lagi.
 
 
 
Keistimewaan ESP Shaklee (Energizing Soy Protein)
 
  • Soya ESP di buat daripada Non-GMO Soy dan di hasilkan secara organic
  • membekalkan 14gm protein dalam satu masa
  • bekalkan 9 jenis amino asid yang tidak di hasilkan oleh badan kita
  • mudah di hadam dan mempunyai indek glisemik yang rendah, jadi kita tidah akan mudah terasa lapar- sesuai untuk mereka yang dalam proses mengurangkan berat badan.
  • membantu dalam proses pembentukan sel-sel baru
  • terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut


kalau korang nak kulit cantik jugak, meh la cuba, gerenti menyesal sebab lambat sangat cuba.


Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh contact

K.Ana (SID 1271637)

www.wasap.my/60123067918














Saturday, 10 February 2018

Shaklee dan Inspirasi 2018



Slm  dan selamat tahun baru 2018.

Esok dah start sekolah,maka bermula lah rutin sibuk akak dari pagi ke malam.

Azam tahun ni nak sediakan bekal sekolah anak sendiri, maklum la si abang pagi akan stay kat umah, petang baru sekolah.

Anak akak yg no 2,Izzman akan masuk Tadika. Debar jugak sebab dia nk jenis manja sikit. Risau kot tak boleh nak bergaul dgn kawan2. Risau kot kalau cikgu tegur sikit dah nangis. 😢

2018 jugak akak target untuk berbelanja dengan lebih berhemah 🤑,maklum lah ekonomi negara makin teruk,minyak naik banyak dari yang turun.

2018 pun akak harapkan kesihatan mak mertua akak lebih baik,setahun lebih terlantar akibat strok,hanya bergantung dengan minum susu, akak doakan dia di beri kesihatan yang lebih baik dan selesa berada dengan kami.

Tahun 2018 nak target untuk kerja lebih kuat,dengan Shaklee harap nya dapat bantu jana side income yang dapat bantu family akak hidup lebih selesa.

Kalau mula bisness Shaklee awal nya krik krik saja, tahun ni akan lebih dari sekadar krik krik..

Insyaallah

#Tsunamishaklee
#Tsunami2018
#founderofAqeflegacy